SOP COVID-19 | Jangan salah guna kebenaran makan di restoran

2022-03-22 0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran supaya pembukaan semula beberapa aktiviti perniagaan khususnya kebenaran makan di restoran tidak disalah guna.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, semua premis perniagaan wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan.